top of page
Cari

1st party atau 3rd party?

Admin
Bagi pengguna kenderaan yang pertama kali hidupkan insuran dan roadtax kenderaan anda, pastikan anda tahu terlebih dahulu info asas dalam polisi insuran.



Ada yang menganggap bahawa polisi pihak pertama atau pihak ketiga ini tidak penting, asalkan insuran hidup dan boleh renew roadtax.


Tetapi tahukah anda bahawa, perlindungan dalam setiap polisi ini berbeza dan akan memberi kesan kepada tuntutan kenderaan anda kelak sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.


Bahkan, setiap kereta mempunyai nilai surut yang tersendiri mengikut tahun dimana ini juga akan memberi faktor kebolehan untuk memilih jenis polisi insuran sama ada pihak pertama (1st party) atau pihak ketiga (3rd party).


Jom admin share serba sedikit tentang insurans 1st party dan 3rd party, fire and theft.


Insurans 1st Party atau Komprehensif


Insuran 1st party ini melindungi driver atau pemilik kenderaan itu sendiri, dan juga kerosakan dan kehilangan kenderaan. Ia termasuk pelbagai risiko seperti kemalangan, kebakaran, kecurian, dan lain-lain. Ia juga dikenali sebagai insurans "comprehensive" atau "all-risk" kerana ia meliputi pelbagai perlindungan.


Melindungi Anda, Kereta Anda dan Pihak Ketiga


Anda membayar premium tahunan untuk mendapatkan perlindungan ini. Polisi insurans mempunyai syarat dan terma yang perlu dipatuhi. Jika kenderaan mengalami kerosakan, anda membuat tuntutan, dan syarikat insurans menilai kerosakan itu dan membayar pampasan berdasarkan nilai pasaran kenderaan anda.


Tambahan lagi, Insurans 1st party ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan cermin hadapan (windscreen), perlindungan bencana alam, unlimited towing, personal accident dan lain-lain lagi.


Penting untuk memahami polisi anda dan memastikan pematuhan serta pembayaran premium yang betul dan memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.


Insurans 3rd Party, Kecurian dan Kebakaran


Insurans pihak ketiga adalah salah satu jenis insurans kereta yang paling asas dan diperlukan oleh undang-undang sebagai minimum syarat untuk hidupkan roadtax kenderaan. Ia adalah alternatif kepada insurans komprehensif dimana insurans ini adalah untuk melindungi diri daripada kewajipan tanggungjawab terhadap pihak ketiga dalam kes kemalangan jalan raya, kecurian dan kebakaran.


Tidak Melindungi Kereta Anda, Tetapi Melindungi Pihak Ketiga Sekiranya Berlaku Kemalangan


Dalam konteks insurans pihak ketiga, jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dan anda adalah pihak yang bertanggungjawab, insurans pihak ketiga akan membayar ganti rugi kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut, seperti pemilik kenderaan lain atau individu yang cedera dalam kemalangan tersebut.


Namun, insurans pihak ketiga ini tidak akan melindungi kenderaan anda sendiri atau kos perbaikan kenderaan anda jika anda adalah pihak yang bertanggungjawab.


Selain daripada itu, Insurans ini juga melindungi kereta anda daripada kecurian dan kebakaran dengan mengikut nilai pasaran kereta tersebut sahaja.


Justeru, pilih polisi insuran mengikut keperluan kenderaan anda terutamanya sekiranya kereta anda masih mempunyai nilai pasaran yang tinggi.


Hubungi kami untuk mendapatkan quotation kenderaan mengikut bajet dan keperluan anda sekarang, dan renew roadtax dengan segera pada hari yang sama.




Comments



DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 

013- 6106108

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

LOTUS Cheng, Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

SOSIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page