top of page
Cari

5 punca tayar kereta anda bermasalah

  • Admin
  • 28 Mac 2024
  • 2 min membaca



Kebiasaannya kita cuma akan tukar tayar bila nampak tayar kereta dah problem atau botak habis, paling tidak pun, kita cuma check tayar bila tayar kelihatan pancit atau pun indicator tayar menyala.


Ha tapi disebalik tu, anda tahu tak punca mengapa tayar kereta anda bermasalah, tayar cepat haus, pemanduan tidak lancar dan malah yang lebih teruk lagi, boleh menyebabkan kemalangan!


Jom admin share 5 punca tayar kereta anda bermasalah.


Antara 5 punca kerosakan boleh terjadi pada tayar kereta


1. Terlebih Atau Terkurang Udara


Tayar yang tidak mempunyai udara yang mencukupi boleh menyebabkan fungsi tayar menurun dan memberi kesan kepada pemanduan di jalan raya. Ini juga akan menyebabkan tayar botak tepi. Memandu dengan tayar yang kurang tekanan atau terlebih tekanan angin akan menyebabkan masalah wear and tear, dan masalah tayar meletup disebabkan cengkaman tayar pada permukaan jalan semakin berkurangan.


2. Bunga tayar haus tidak sekata atau melintang


Walaupun anda pastikan tayar mempunyai tekanan yang mencukupi, ia juga masih boleh mengalami kerosakan lain seperti tayar haus tidak sekata atau haus melintang. Ini juga berpunca dari masalah suspensi atau balancing. Sekiranya ini berlaku, ianya akan menyebabkan masalah penjajaran pada roda. Lakukan pemeriksaan penjajaran roda untuk mengelakkan kerosakan ini.


3) Slow Puncture


Selain itu, terdapat juga situasi di mana berlakunya "slow puncture" akibat terkena bahan tajam seperti paku yang menyebabkan kekurangan udara pada tayar, atau pun mungkin berpunca daripada injap tayar yang rosak dimana ianya mengeluakan udara secara perlahan. Segera ke bengkel berdekatan untuk check keadaan tayar anda.


4) Tayar Merekah


Prestasi tayar juga akan menurun bergantung pada kekerapan pemanduan dan cara pemanduan. Tayar kereta biasanya akan merekah di bahagian tepi disebabkan oleh faktor persekitaran seperti cuaca dan tekanan udara tayar yang berlebihan atau tidak mencukupi. Ganti tayar kereta anda sekiranya anda lihat rekahan.


5) Tayar Usia Lama


Tayar yang lama dan lusuh juga akan menghasilkan bunyi jika terus digunakan dalam jangka masa yang panjang. Tayar yang menjangkau tempoh 4 hingga 5 tahun daripada tarikh pembuatan, akan menyebabkan bunyi geseran pada tayar apabila bersentuhan dengan permukaan jalan. Selain itu, kerosakan bering roda juga menjadi punca mengapa tayar kereta anda berbunyi bising. Anda mungkin juga akan sedar sewaktu melakukan rotasi. Justeru, gabungan dengan keadaan tayar lama dan lusuh akan membuatkan bunyi geseran lebih kuat dan akhirnya akan memberi kesan kepada komponen lain dan membahayakan pemanduan anda.


Tayar perlu ditukar apabila sudah mencapai usia 4-5 tahun. Pastikan anda mengambil berat tentang kenderaan anda dan kerapkan servis kereta setiap beberapa bulan sekiranya diperlukan demi keselamatan pemandu dan penumpang.


Admin akan kongsikan tentang balancing dan penjajaran (alignment) pada tulisan seterusnya.






 
 
 

Comments



DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 

013- 6106108

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

LOTUS Cheng, Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

SOSIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page