top of page
Cari

5 TIPS SEDIAKAN BAJET INSURAN KERETA

Admin

Updated: 24 Mei 2024


Alamak, bulan depan insuran dan roadtax dah expired, bajet tak cukup pulak. Macam mana nak settle ni?”


Ramai sebenarnya antara kita yang leka, tidak bersedia, dan tidak ketepikan bajet dari awal untuk renew insuran kereta. Renew setahun sekali saja tapi bila sampai masa nak renew, mesti mengeluh sebab tak cukup bajet.


Anda termasuk dalam golongan mereka yang leka dan tak bersedia? Ha admin ada 5 tips untuk anda follow supaya tak perlu keluar duit segedebuk untuk bayar insuran dan roadtax kereta nanti.


Tips 1 : Mulakan selepas bayaran akhir insuran kereta


Ini tips paling mudah, tidak terbeban dan selamat. Anda ada 12 bulan untuk bersedia bagi next renewal. Bahagikan amaun anggaran total insuran dan roadtax dengan 12 bulan, jadi jumlah kecil itu anda simpan setiap bulan. Ha jangan mengelat, simpan dekat tempat yang anda tak boleh guna ok!


Tips 2 : Simpan mengikut amaun duit


Anda biasa dengan tips simpan duit RM5, RM10, RM20, RM50?


Simpan mengikut kemampuan anda. Disiplinkan diri untuk simpan mengikut amaun. Nak simpan RM5 selama 12 bulan pun boleh. Sekurangnya anda boleh gunakan jumlah simpanan untuk topup sewaktu renewal insuran nanti.


Tips 3 : Simpan di tempat yang memberi pulangan


Sekarang ada macam macam platform yang anda boleh simpan duit dan dapat pulangan interest yang banyak dan valid. Tabung Haji dan ASB lagi bagus, dah sampai tempoh matang, anda boleh dapat pulangan lagi.


Tips 4 : Main kutu


Main kutu dengan ahli keluarga anda atau kawan-kawan rapat yang dipercayai. Main dengan jumlah amaun RM100-RM200 pun memadai. Sampai turn nanti dan boleh guna untuk bayar insurans dan roadtax.


Tips 5 : Simpan mengikut pecahan bulan


Tips yang terakhir adalah simpan mengikut pecahan bulan. Setahun ada 12 bulan, anda boleh bahagikan kepada 2 kali setahun, 3 kali setahun atau 4 kali setahun. Cara ini tak nampak sangat seperti menyimpan, tapi masih membantu untuk meringankan beban bila sampai masa nanti!


Bila kita ada rancangan kewangan yang teratur, tak ada lah culas nak bayar insuran dan roadtax nanti. Duit dah ada, tinggal tambah atau guna je semua.


Kalau dah cukup duit, nak renew insuran dan roadtax on the spot, boleh hubungi HIS EASY4U okay!


 
 
 

Comments



DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 

013- 6106108

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

LOTUS Cheng, Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

SOSIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page