top of page
Cari

Adakah kenderaan anda dilindungi dengan Special Perils?

  • Admin
  • 9 Nov 2023
  • 2 min membaca


Malaysia dijangka terus berdepan situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang selain berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka. Tengkujuh pula yang berlaku pada setiap tahun memberi kesan banjir kilat dan banjir yang teruk melibatkan beberapa negeri dan daerah, khususnya kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di 5 buah negeri; Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.


Siapa yang tidak cuak bila kenderaan rosak lepas banjir surut? Paling seram sejuk bila sedar polisi insuran kereta pula tak ada tambahan peril khas. Sudahnya, pemilik kenderaan perlu membayar beribu ringgit untuk membaiki kerosakan kereta tersebut. Ini kerana, anda tidak dapat menuntut ganti rugi dengan pihak insuran kecuali jika anda mempunyai tambahan perlindungan peril khas atau bencana alam.


Masih ramai yang tidak tahu betapa pentingnya untuk mengambil tambahan peril khas ini kerana kita tidak dapat menjangkakan keadaan cuaca yang secara tidak lansung dapat memberi kesan kepada kenderaan.


Artikel ini akan menerangkan lebih lanjut tentang perli khas yang sebenarnya menjadi tambahan penting dalam polisi insuran anda.


Apakah Peril Khas?


Peril Khas atau "Special Perils" adalah istilah yang digunakan dalam insurans kenderaan untuk merujuk kepada perlindungan tambahan yang disediakan oleh insurans untuk risiko tertentu yang biasanya tidak termasuk dalam perlindungan asas. Di Malaysia, istilah "Special Perils" biasanya merangkumi risiko seperti banjir, ribut taufan, tanah runtuh, dan sebagainya.


Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insuran kenderaan anda.


Jadi, tidak kisah sama ada kenderaan anda kena taufan, banjir, atau bencana alam lain seprti tanah runtuh dan juga pokok tumbang kerana petir, selagi anda ambil perlindungan tambahan peril khas ini, anda dapat claim untuk repair kerosakan kenderaan anda.


FAQ


1) Apa beza insuran yang biasa dan special perils


Anda hanya boleh claim insuran untuk kemalangan standard atau total loss, namun sekrianya ada tambahan special perils, anda boleh menuntut insuran bagi bencana alam.


2. Boleh senaraikan pilihan syarikat Insurans yang menawarkan perlindungan tambahan?


Ada beberapa syarikat Insurance di Malaysia yang menawarkan insuran bencan alam banjir, tanah runtuh dan lain lain seperti :


- ETIQA

- Liberty

- Takaful Malaysia

- Takaful Ikhlas

- LONPAC


3. Berapakah jumlah tambahan yang perlu dibayar?


Peratusan jumlah tambahan perlindungan yang perlu dibayar ini bergantung pada jenis syarikat insurans tersebut. Namun jangan khuatir kerana tambahan tersebut tidak hampir separuh atau sebesar harga premium anda.


Kepentingan Menyemak Semula Polisi Insurans Kenderaan Anda


Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, adalah penting untuk menyemak semula polisi insurans kenderaan anda secara berkala. Pastikan bahawa anda memahami dengan jelas apa yang polisi anda perlindungi, termasuk perkara-perkara yang berkaitan dengan cuaca ekstrem.


Selain daripada itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk menambah perlindungan tambahan seperti perlindungan banjir atau ribut taufan jika anda tinggal di kawasan yang sering mengalami cuaca buruk.


Dengan perlindungan yang sewajarnya, anda boleh merasa lebih yakin dalam menghadapi cuaca ekstrem dan risiko lain yang mungkin timbul akibat perubahan iklim. Ingatlah untuk sentiasa menyemak semula polisi insurans anda dan berbual dengan ejen insurans anda tentang bagaimana anda boleh mendapatkan perlindungan terbaik untuk kenderaan anda dalam era perubahan iklim yang di luar kawalan.


Nak renew roadtax dan insuran yang mempunyai tambahan peril khas bagi kenderaan anda?


Hubungi kami dengan isi maklumat di sini


Comments



DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 

013- 6106108

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

LOTUS Cheng, Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

SOSIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page