Bukan sekadar harga premium, banyak faktor lain yang mempengaruhi harga insurans kenderaan anda.

Masih ramai yang belum tahu, harga insurans kereta atau juga dikenali sebagai premium akan berbeza mengikut nilai perlindungan, jenis polisi, kapasiti kenderaan, dan juga termasuk beberapa faktor lain. Pemahaman yang mendalam mengenai faktor-faktor ini dapat membantu kita membuat pilihan yang bijak dalam melindungi kenderaan kita.
Jom admin share faktor yang menyebabkan harga insurans berbeza-beza di tempat lain
1) Nilai Perlindungan Insurans
Faktor pertama yang mempengaruhi harga insurans kenderaan adalah jumlah perlindungan yang anda pilih. Terdapat dua jenis perlindungan iaitu Komprehensif atau Third Party. Kedua-dua jenis perlindungan ini adalah berbeza mengikut keperluan kenderaan anda. Jumlah premium bagi Komprehensif semestinya lebih mahal dan tinggi kerana nilai perlindungan yang lebih besar dan menyeluruh seperti perlindungan kemalangan, personal accident, towing, bantuan kecemasan, pemandu dan juga perlindungan kepada pihak ketiga.
Manakala, nilai perlindungan bagi pihak ketiga pula adalah lebih kecil dan tuntutannya terhad kerana perlindungan kepada perkara yang tertentu sahaja iaitu pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Ini menyebabkan jumlah premium yang lebih kecil berbanding komprehensif.
Justeru, semakin besar perlindungan, semakin tinggi premium yang perlu dibayar.
2) Kapasiti Enjin Kenderaan
Kapasiti enjin kenderaan juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi harga insurans. Sama seperti Roadtax, semakin besar kapasiti semakin besar jumlah yang perlu dibayar. Kenderaan dengan enjin besar cenderung mempunyai harga premium yang lebih tinggi kerana risiko kemalangan yang lebih serius dan kos pembaikan yang mungkin lebih tinggi.
Nak rujuk harga Roadtax mengikut kapasiti kenderaan anda? Klik sini.
3) Nilai pasaran vs Nilai yang dipersetujui
Harga premium insurans kereta anda turut dipengaruhi oleh nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui bagi kereta anda.
Contohnya, anda memilih perlindungan berdasarkan nilai pasaran. Kita sedia maklum bahawa harga pasaran sesebuah kereta menurun dari tahun ke tahun.
Nilai pasaran menurun > Jumlah perlindungan berkurangan > Harga insurans lebih murah.
Berbeza pula jika anda memilih perlindungan mengikut nilai yang dipersetujui kerana nilai perlindungan ini ditetapkan pada tarikh polisi berkuatkuasa dan tidak dipengaruhi oleh penurunan nilai pasaran kereta anda selepas tarikh tersebut.
Jumlah perlindungan tetap = Harga insurans kereta (premium) tidak berubah.
4) No Claim Discount
Lebih tinggi diskaun (NCD), lebih murah harga insurans kereta.
Itu kita tahu, tetapi apa yang menjadikannya berbeza setiap tahun?
Kadar diskaun akan meningkat setiap tahun pada 5 tahun yang pertama – HANYA jika tiada sebarang tuntutan ganti rugi dibuat kepada syarikat insurans sepanjang tempoh pemilikan.
Kadar NCD pula berbeza mengikut kelas kenderaan. Berikut adalah contoh bagi kereta persendirian:
Tiada tuntutan dibuat pada 12 bulan pertama: Anda layak menerima diskaun sehingga 25% pada tahun ke-2.
Tahun ke-3: 30%
Tahun ke-4: 38.33%
Tahun ke-5: 44%
Tahun ke-6 dan seterusnya: 55%
Tiada peningkatan diskaun pada tahun ke-6 dan seterusnya,
Justeru, semakin tinggi NCD anda, semakin besar diskaun yang anda terima.
5) Provider Insurans yang Berbeza
Ada banyak provider insurans sama ada Konvensional atau Takaful. Semuanya berbeza kerana setiap pakej mempunyai penilaian risiko yang berlainan.
Contohnya, provider A tidak mempunyai perlindungan untuk kecurian tetapi Provider B mempunyai perlindungan tersebut. Manakala jumlah pelanggan untuk sesebuah provider pun memainkan peranan juga bagi harga insurans ini.
Bila jumlah pelanggan mereka tak cukup ramai, harga pakej mereka tawarkan lebih tinggi. Kalau pelanggan mereka terlalu ramai, harga pasti lebih murah.
6) Tuntutan
Sejarah tuntutan insuran juga dapat mempengaruhi harga premium. Jika anda pernah membuat tuntutan sebelum ini, anda mungkin dilihat sebagai risiko yang lebih tinggi, dan ini boleh meningkatkan harga insurans anda.
7) Lokasi : Semenanjung atau Sabah / Sarawak
Kebiasaannya, harga premium insurans kereta di Semenanjung adalah lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Ini adalah disebabkan oleh nilai pasaran kereta dan penilaian risiko yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.
Contohnya, di Semenanjung mempunyai jumlah trafik kenderaan yang lebih tinggi = risiko kemalangan lebih tinggi = premium juga menjadi lebih tinggi.
Perlukan lebih banyak bantuan dengan insurans kereta anda?
Adakah anda ingin memperbaharui insurans dan roadtax kereta anda secara dalam talian?
Semak tawaran insurans kereta terbaik di Malaysia daripada HIS EASY4U
Untuk lebih banyak artikel berguna seperti ini, sila hubungi kami di 010 800 6108
* Semua maklumat yang terdapat dalam artikel di blog ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat atau rujukan secara sah. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian atau keraguan yang mungkin timbul disebabkan maklumat yang terdapat di dalam penulisan ini.
コメント