ELAK 4 KESILAPAN SEWAKTU RENEW INSURANS
- Admin
- 26 Mei 2024
- 2 min membaca

Sebagai pemilik kenderaan, memilih pelan insurans dengan betul bagi melindungi kenderaan anda adalah sangat penting sama seperti membeli kereta itu sendiri. Proses renew insurans kereta mungkin nampak mudah tapi sekiranya tidak kena dengan cara, akan menyebabkan kerugian kepada pemilik kenderaan.
Anda perlu memilih pelan insurans yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda dimana ianya dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya apabila diperlukan kelak.
Malang tak berbau, jadi sebaiknya sebagai pemilik kenderaan kita perlu bersedia dari segi kewangan, perlindungan kenderaan dan juga penumpang serta kebolehtaraan sebuah pelan insurans untuk memastikan proses tuntutan berjalan dengan mudah kelak.
Dalam artikel kali ini, admin akan kongsikan 5 kesilapan yang anda perlu elakkan sewaktu renew insurans bagi mengurangkan risiko kerugian.
1. Tidak bandingkan pelan Insurans
Salah satu tips penting sewaktu renew insurans adalah dengan melakukan perbandingan insurans kereta. Tips ini sangat berguna untuk pastikan anda dapat insurans yang terbaik bersesuaian dengan harga yang berpatutan. Perbandingan ini juga sebaiknya dilakukan untuk :
Menilai manfaat perlindungan yang diberikan
Bandingkan jumlah perlindungan (sum covered)
Kenalpasti harga tambahan perlindungan
Menilai manfaat percuma dan perkhidmatan yang diberikan
Mendapatkan harga insurans dengan bajet anda
Anda boleh melakukan perbandigan insurans dengan menghubungi kami untuk mendapatkan quotation 6 insurans yang terkemuka, bandingkan harga dan pilih mengikut kesesuaian kenderaan anda.
2. Renew insurans yang sama setiap tahun
Ramai pemilik kenderaan pilih untuk renew dengan syarikat insurans yang sama setiap tahun, sebab taknak pening kepala dan mudah. Sebenarnya, ini sangat merugikan anda disebabkan nilai premium setiap insurans berlainan walaupun sum covered dalam jumlah yang sama.
Justeru, adalah lebih baik untuk anda menilai terlebih dahulu manfaat dari syarikat insurans yang lain yang mungkin memberikan manfaat perlindungan lebih baik berbanding dengan syarikat insurans yang anda pilih setiap tahun.
3. Berlebihan dalam perlindungan tambahan
Kami faham bahawa semua pemilik kenderaan inginkan perlindungan yang penuh, selamat dan mudah. Ini menyebabkan sesetengah pemilik memilih untuk mengambil perlindungan tambahan. Ianya tidak salah dan lebih selamat untuk pastikan anda tidak perlu membayar kos yang tinggi sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Namun begitu, anda masih perlu faham bahawa tidak semua perlindungan tambahan diperlukan bagi kereta anda. Ini juga bergantung pada tahun buatan kereta anda dan keadaan kereta anda.
Bagi kereta 1st party, perlindungan tambahan paling penting untuk diambil adalah perlindungan Windscreen dan juga Special Perils, dan ada juga kereta yang memerlukan tambahan Waive of Betterment selepas 5 tahun. Waive of Betterment ini berfungsi untuk pastikan segala gantian sparepart bagi kereta anda adalah original dan bukan secondhand. Pastikan anda nilai keperluan dan kepentingan kenderaan anda sebelum mengambil perlindungan tambahan. Anda juga kena sedia maklum bahawa lagi tinggi jumlah perlindungan, lagi banyak perlindungan tambahan, lagi mahal premium yang anda perlu bayar.
4. Tersalah isi maklumat penting
Proses renew insurans memerlukan data dan maklumat yang betul dan tepat. Terutamanya nama pemilik dan juga no kad pengenalan. Ini disebabkan oleh NCD yang terikat pada no kad pengenalan pemilik, akan mempengaruhi harga premium yang perlu dibayar dan juga proses renew roadtax. Ini juga bertujuan untuk pastikan proses tuntutan insurans berjalan dengan baik dan mudah. Justeru, sebelum bayar insurans kenderaan anda, pastikan anda semak maklumat yang anda berikan kepada agen insurans anda.
Dah tahu kesilapan yang perlu dielakkan? Kongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda!
Terus hubungi kami untuk dapatkan sebut harga percuma dan bandingkan insurans mengikut keperluan dan bajet anda hari ini!
Comments