Pernah tak anda terfikir macam mana nak buat kalau kereta anda dilanggar oleh kenderaan yang tidak ada insuran? Takkan nak claim dengan insuran kita sendiri kan? Jenuh pula nak membayar insuran yang akan datang nanti kalau ncd jadi 0. Jom admin share macam mana nak buat bila situasi ini terjadi pada anda.

Terdapat dua cara anda dapat menuntut ganti rugi sekiranya kenderaan yang melanggar anda tidak mempunyai insurans.
Pertama, anda boleh membuat tuntutan dengan Motor Insurer Bureau of West Malaysia (MIB), hanya jika ada terjadinya sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa semasa kemalangan
Atau
Dengan menuntut kerugian daripada mereka meskipun individu yang melanggar kereta anda tidak memiliki insurans. Tuntutan anda itu boleh dibuat ke atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika yang melanggar anda pada ketika itu bukan pemilik kenderaan). Anda boleh menyaman mereka atas kapasiti persendirian memandangkan individu tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans. Kebiasaannya, tuntutan akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.
Jom admin share tentang MIB dan selepas itu tentang cara menuntut saman kapasiti persendirian.
Motor Insurer Bureau of West Malaysia (MIB)
MIB, bukan Men In Black, ianya adalah Motor Insurer Bureau of West Malaysia. Satu badan yang bertanggungjawab membela dengan memberikan pampasan kepada mereka yang terjejas dalam kemalangan dengan pemilik kenderaan yang tidak memiliki perlindungan insurans.
Berikut adalah beberapa penjelasan mengenai MIB Malaysia:
Biro Insurans Motor Malaysia (Motor Insurers Bureau of Malaysia) ditubuhkan pada 15 Januari 1968 untuk memberi keadilan sosial, diwujudkan pada masa itu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 (kini Akta Lalulintas Jalan 1987).
Ia diwujudkan untuk membela mangsa kemalangan jalan raya yang tidak mendapat pembelaan atau memberikan duit sebagai pampasan kepada mangsa kemalangan sama ada pemandu, pejalan kaki atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan dimana kenderaan yang melanggar tiada insurans.
Dana yang digunakan MIB untuk semua mangsa kemalangan adalah dana yang dibiayai melalui Cukai Insurans yang dikenakan ke atas setiap polisi insurans kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia. Cukai ini membantu menyokong kewujudan MIB untuk memberikan pampasan kepada mangsa kemalangan. semua syarikat insurans yang diwajibkan mencarum ke dalam MIB pada setiap tahun. Dengan adanya dana ini, bantuan yang diberikan kepada mangsa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
MIB Malaysia menyediakan perlindungan kepada mangsa kemalangan yang melibatkan kenderaan yang tidak diinsurans atau pemilik kenderaan yang tidak diketahui. Ini memastikan bahawa mangsa masih dapat menerima pampasan meskipun pihak yang bertanggungjawab tidak dapat diidentifikasi atau tidak mempunyai insurans.
Kerjasama dengan Industri Insurans:
MIB Malaysia bekerjasama dengan syarikat insurans untuk memastikan pembiayaan dan pelaksanaan sistem pampasan berjalan dengan lancar. Ini melibatkan pembahagian tanggungjawab antara syarikat insurans dan MIB Malaysia.
Cara-cara untuk menuntut dengan MIB adalah seperti di bawah:
Kemukakan tuntutan secara terus kepada pihak MIB atau boleh melantik peguam.
Pastikan ada nombor pendaftaran kenderaan si pelanggar yang terbabit dalam kemalangan. Pihak MIB tak akan bayar untuk kes langgar lari atau yang tidak ada nombor plat kenderaan terlibat.
Serahkan tuntutan anda dalam jangka masa tiga tahun dari tarikh kemalangan.
Sekiranya anda melantik peguam untuk failkan tuntutan di mahkamah, peguam harus beritahu pada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum tuntutan dibuat di mahkamah dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.
MIB hanya bayar untuk jenis kecederaan sahaja (contoh: luka, patah atau retak) dan tidak termasuk kerosakan kenderaan anda, harta benda, loss of income dan sebagainya.
Sebarang jumlah bayaran dari MIB adalah ditentukan oleh pihak MIB berdasarkan kes dan kejadian.
Dokumen yang diperlukan:
Surat kepada MIB yang menyatakan maklumat tentang kejadian, alasan tuntutan dibuat dan semua dokumen dikepilkan bersama.
Satu salinan laporan polis yang tercatat nombor kenderaan pihak ketiga.
Laporan polis pihak ketiga (jika ada).
Laporan perubatan anda.
Sekiranya tidak ada masa untuk pergi ke pejabat MIB, boleh hantar dokumen tersebut di alamat :
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor,
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields,
50782 Kuala Lumpur (03-2274 7395)
Kebiasaannya jumlah pampasan yang anda akan dapat bergantung pada kes anda, tetapi selalunya tidak lah sebanyak yang anda akan dapat daripada insurans. Tetapi lebih bagus ada daripada tak ada betul kan?
Saman atas kapasiti Persendirian
Cara kedua adalah anda boleh menyaman mereka atas kapasiti persendirian, disebabkan individu tersebut tidak mempunyai insuran. Sudahlah melanggar peraturan jalan raya dengan memandu tanpa kenderaan yang sepatutnya mempunyai perlindungan insuran, berlaku pula kemalangan.
Elakkan dari settle sendiri jika anda terlibat dengan kemalangan sebegini kerana kebanyakan kes sebelum ni, semua melarikan diri walaupun dah buat perjanjian untuk ganti rugi. Hati-hati ketika memandu dan pastikan insurans kita sentiasa dikemaskini.
Sangat penting untuk anda tahu tuntutan ke atas kecuaian individu tanpa insurans ini, anda perlu memastikan maklumat-maklumat di bawah ini diperoleh bagi memulakan saman:
Nama pemandu tersebut
No plat kenderaan tersebut
Gambar kemalangan dan keadaan kereta anda
Cara claim kemalangan dengan kereta tiada insurans
Catat No Plat Kereta dan Dapatkan Butiran Pemandu
Jangan panik dan pastikan anda dapat catat no plat kenderaan yang melanggar anda, dan cuba daoatkan butiran pemandu seperti nama penuh, nombor telefon dan maklumat lain yang perlu, dan pastikan anda catat juga waktu dan lokasi kejadian atau kemalangan tersebut supaya senang untuk beri report nanti
Kumpulkan Gambar Bukti
Pastikan anda ambil semua gambar keroskan yang dialami, gambar kereta pihak yang melanggar, dan gambar gambar bukti lain yang berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan anda. Jangan lupa untuk ambil juga gambar roadtax kenderaan tersebut untuk elakkan sebarang pertikaian yang tidak munasabah kelak.
Buat Laporan Polis
Dah dapat maklumat, dah dapat kumpulkan bukti, pastikan anda terus buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan berlaku untuk mengelakkan sebarang maslaah lain pula.
Hubungi Syarikat Insurans
Selepas selesai langkah di atas semua, anda perlulah maklumkan pula kemalangan tersebut kepada insurans pihak anda sendiri, untuk dapatkan maklumat atas prosedur yang diperlukan seterusnya serta maklumat panel bengkel untuk menghantar kereta anda untuk dibaiki.
Terlibat dalam kemalangan adalah pengalaman yang amat menyedihkan serta membebankan. Selain mengalami trauma, situasi si pelanggar tidak mahu mengaku salah dan 'lepas tangan' akan merumitkan lagi keadaan.
Oleh itu, penting untuk anda mengetahui hak anda sebagai seorang individu atau pun pengguna jalan raya, terutamanya untuk membela diri jika tidak bersalah dan membuat tuntutan ganti rugi.
Semoga info ini dapat membantu anda!
Comentarios