Ramai lagi yang tak tahu Agreed Value dan Market Value adalah persetujuan yang berbeza dimana ianya akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan sekiranya berlaku kemalangan atau total loss. Jom admin kongsikan info tentang Agreed Value dan Market Value.

Sebelum admin terangkan dengan lebih lanjut, anda perlu tahu dulu apa itu Sum Insured?
Sum Insured atau Jumlah diinsuranskan adalah jumlah paling tinggi perlindungan insuran kereta anda. Jumlah ini boleh dipilih mengikut nilai yang dipersetujui (Agreed Value) atau nilai pasaran (market value) seperti yang akan diterangkan dibawah.
Market Value
Nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.
Sebagai contoh :
Kenderaan anda bernilai RM70K sekarang. Diinsuranskan pada kadar 70K.
Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu.
Jika kenderaan anda telah susut nilai ke RM50K, Syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa iaitu 50K.
Agreed Value
Nilai dipersetujui pula adalah nilai yang anda setuju dan juga pengendali takaful ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Jika berlaku kecurian atau tuntutan total loss, pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut nilai yang telah dipersetujui ini.
Sebagai contoh :
Kenderaan anda bernilai RM70K sekarang. Diinsuranskan pada harga RM75K
Sama seperti kemalangan diatas, status kemalangan berakhir dengan “total loss”
Oleh itu, syarikat insurans/takaful akan membayar penuh 75K, seperti yang dispersetujui.
Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?
Malangnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.
Bilakah market value bersesuaian bagi anda?
Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku kecurian, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya yang dicuri.
Bilakah agreed value bersesuaian bagi anda?
Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan jumlah yang tinggi untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Polisi mengikut nilai dipersetujui dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan dalam kaedah polisi nilai pasaran.
Dengan cara ini, jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda yang dicuri atau total loss. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memilik wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.
Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.
Anda masih keliru?
Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat percuma sama ada nak insured kenderaan anda mengikut nilai pasaran atau pun nilai yang dipersetujui.
Comments