
Di Malaysia, setiap pemilik kenderaan diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans kereta yang terbahagi kepada tiga jenis – insurans komprehensif, insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta insurans pihak ketiga.
Sebagai pemilik kenderaan dan pemegang polisi insurans, penting untuk anda mengetahui jenis polisi insurans yang anda ambil kerana setiap satu polisi insurans ini menyediakan perlindungan yang berbeza-beza.
Jom admin share jenis perlindungan yang diberikan oleh setiap polisi untuk mudahkan anda rujuk dan semak sama ada anda layak dan boleh membuat tuntutan kemalangan atau tidak.

Pastikan anda semak polisi insuran anda sewaktu anda ingin renew. Ini kerana, perlindungan yang anda pilih akan memberi kesan kepada tuntutan yang dibenarkan oleh pihak Insuran tersebut.
Di HIS EASY4U, kami menawarkan insuran 1st party dan 3rd party fire and theft melalui beberapa jenis pilihan insuran iaitu
LONPAC
ETIQA
TAKAFUL MALAYSIA
LIBERTY
Selepas semak polisi insuran anda, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat tuntuan Insuran
Langkah-langkah Membuat Tuntutan Insuran
Ambil gambar kenderaan termasuk kenderaan yang terlibat dengan kemalangan di tempat kejadian dengan catat maklumat seperti no plat kenderaan dan jenis kenderaan, serta dapatkan maklumat peribadi pemilik kenderaan yang terlibat seperti nama, no kad pengenalan dan no telefon.
Hubungi syarikat insurans kenderaan anda dan lakukan penilaian terhadap keroskan yang dialami.
Bawa kereta anda ke balai polis yang berhampiran dan buat laporan dalam tempoh 24 jam.
Bawa kereta ke bengkel panel anda.
Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
salinan asal laporan polis
polisi insurans
salinan kad pengenalan
salinan lesen pemandu
Setelah semuanya selesai, pekerja bengkel akan mengambil alih proses tuntutan insurans anda (pembaikan kereta).
Fahami Proses Tuntutan Insurans
Penting untuk anda lindungi kenderaan anda dengan perlindungan menyeluruh selagi kenderaan anda masih mempunyai nilai pasaran yang masih tinggi. Ini dapat mengelakkan anda untuk membayar lebih sekiranya perlu membaiki kerosakan kereta atas kemalangan yang tidak dijangka. Anda juga dapat mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan saman atau ganti rugi yang dapat membuat anda tak senang duduk!
Ketahui langkah dalam proses menuntut insuran ini agar tuntutan anda dapat berjalan dengan baik dan lancar kerana pada sesetangah kes, tuntutan insuran juga tidak dapat diberi dengan nilai yang sepatutnya atau ditolak kerana faktor-faktor lain seperti perlindungan yang terlalu rendah di bawah nilai pasaran.
Jadi fahami sebaiknya polisi insurans anda untuk kesenangan terutamanya pada waktu kecemasan.
Sekiranya anda ingin memperbaharui insurans kenderaan anda ke perlindungan yang menyeluruh, hubungi kami di HIS EASY4U untuk dapatkan quotation dan renew pada hari yang sama.
Comments