top of page
Cari

Perkara yang anda perlu tahu tentang Betterment dalam Insurans Kenderaan

Admin

Updated: 28 Ogo 2024

"Dah bayar Insurans mahal-mahal, tiba-tiba waktu nak claim tak dapat claim penuh. Eh kenapa macam ni pulak? Betterment waive ni apa?"


Ramai pemegang polisi yang masih belum sedar atau tahu tentang terma "Betterment" dan kaitannya dengan tuntutan insurans kenderaan selepas mengalami kemalangan.

Kadang-kadang ada situasi tertentu yang menyebabkan kita perlu keluarkan duit sendiri untuk tambah bayaran kos baikpulih kerosakan kereta sebab syarikat insurans tak bayar keseluruhan. Mungkin ada yang pelik kenapa bila berlakunya kemalangan, pemandu atau pemegang polisi perlu tambah duit sendiri untuk bayar kos repair kerosakan kereta walalupun kita ambil insurans komprehensif. Bila jadi macam ni, mungkin ada orang yang akan rasa marah dan tertipu.


Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk memahami tambahan perlindungan "Betterment Waive" ini supaya anda dapat menilai sendiri sama ada anda perlukannya atau pun tidak.




Anda sebagai pemegang polisi 1st party, anda perlu sedia maklum bahawa pembayaran kos sepenuhnya sewaktu tuntutan insuran dibayar untuk penggantian used spare-part sahaja dan bukan penggantian baharu. Justeru, bagi menggunakan alat gantian baharu, pemegang poisi perlu menambah sedikit kos untuk baikpulih. Ini dipanggil ‘betterment’ di mana pemegang polisi terpaksa membayar kos tambahan kerana menggunakan alat ganti yang baharu untuk menggantikan alat ganti yang rosak.


Apakah Add-On Waiver of Betterment?


Betterment Waive ini adalah tambahan perlindungan dimana ianya dikenakan  semasa membuat tuntutan di Pusat Servis seperti Proton, Perodua, Honda dan lain-lain lagi pusat servis (dealer) dalam kerja-kerja baik pulih kenderaan yang melibatkan alat gantian baru pada kereta.


Tapi kereta untuk bawah 5 tahun, anda tak perlu tambah bayaran apa-apa, syarikat insurans yang akan tanggung kos kerosakan semuanya. Betterment ni hanya dikenakan untuk kenderaan yang dah berusia dan warranty yang dah habis. Bila part yang ada kerosakan perlu diganti, pusat servis akan guna barang original kereta. agi bengkel-bengkel di bawah panel syarikat insurans, mungkin ada yang akan guna barang-barang second grade tetapi masih berkualiti. Jadi, syarikat insurans akan tanggung 100%!


Dalam kata mudah, betterment bermaksud kos yang perlu ditanggung oleh anda (sebagai penuntut insurans) untuk perbezaan kos penggantian komponen lama kepada komponen baru. Kos ini cuma diaplikasikan kepada pemegang polisi yang memiliki kenderaan berusia 5 tahun ke atas hingga ke 10 tahun.


Namun Pemilik polisi juga berhak mendapat pilihan untuk menggantikan komponen yang terjejas dengan alat ganti terpakai sekiranya mereka tidak mahu membayar caj tambahan yang disebutkan itu tadi. Dengan penggunaan alat ganti serba baharu dilihat bakal mengembalikan semula keadaan kenderaan kepada kondisi asal sebelum kemalangan, selain bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan serta keselamatan kepada pemilik.


Contoh: 


Bumper kereta telah dilanggar dan perlu dibaiki sepenuhnya kerana terdapat bahagian yang sudah pecah. Jadi, keseluruhan daripada bumper tersebut perlu ditukar dan digantikan dengan bumper baharu. Apabila membuat tuntutan, akan ada caj tambahan kerana nilai bumper baharu tidak sama dengan bumper terpakai. Maka, perbezaan harga inilah yang dinamakan sebagai betterment


Nota: Ketika membaik pulih, kebanyakan perlindungan insurans hanya akan menanggung kos bagi penggunaan alat ganti terpakai (bagi kenderaan berusia 5 tahun ke atas)


Satu perkara lagi yang anda perlu ketahui adalah meskipun kerosakan pada bahagian kereta tersebut bukan berpunca daripada anda (bermakna anda dilanggar oleh pihak lain), namun anda tidak akan dapat menuntut kos betterment daripada pihak yang melanggar. 

Mengapa? Ini kerana yang akan mendapat manfaat daripada penggantian komponen baharu itu nanti adalah anda. 


Pada siapakah caj betterment dikenakan?


Meskipun polisi insurans komprehensif sememangnya merangkumi kos pembaikan kereta akibat kemalangan, namun bagi pemilik kenderaan/ pemegang polisi bagi kenderaan yang berumur 5 tahun ke atas, caj betterment akan dikenakan sekiranya alat ganti baharu diperlukan untuk pembaikan kereta.


Secara ringkasnya, caj betterment hanya dikenakan pada kereta yang berusia 5 tahun dan ke atas sahaja.


Mengapa caj betterment dikenakan?


Selain untuk pengurusan risiko syarikat insurans, bagi membantu untuk mencegah perbuatan merosakkan komponen kereta dengan sengaja dan menggunakan tuntutan insurans untuk menukar kepada komponen baharu. 


Berapakah tambahan caj betterment?

Berikut merupakan kadar caj Betterment mengikut usia kereta





Persoalan : Apakah Add-On Waiver of Betterment Berbaloi?


Keputusan kami : Ya


Ringkasnya, ya. Perlu ada Add-On tambahan ini. Izinkan kami jelaskan mengapa. Apabila kereta anda terlibat dalam kemalangan dan ditunda ke bengkel, mekanik bengkel panel akan memberitahu anda mengenai senarai bahagian yang perlu diganti. Sekiranya kereta anda berusia 5 tahun dan keatas, anda hanya layak mendapat alat ganti terpakai untuk menggantikan bahagian yang rosak.


Menggunakan alat ganti terpakai kemungkinan besar akan menjadikan kereta anda lebih mudah rosak berbanding menggunakan alat ganti yang baharu. Dalam kebanyakan kes, alat ganti terpakai sudah haus pada ketika anda membelinya untuk digunakan di kereta anda. Dengan Add-On Waiver of Betterment, anda layak mendapat alat ganti baharu semasa pembaikan kereta. Ini menjamin keadaan kereta anda untuk berada dalam keadaan yang lebih baik.


Oleh itu, kami berpendapat bahawa Add On ini amat digalakkan dan membantu memudahkan pemilik kenderaan. Sebenarnya, ia wajib dimiliki oleh mereka yang mampu kerana dapat mengelakkan tekanan dan masalah rumit apabila menghadapi kemalangan. Ringkasnya, jika anda mempunyai kereta berusia antara 5 hingga 10 tahun, tak perlu ragu-ragu, terus dapatkan Add-On Betterment ini.


Anda boleh dapatkan harga untuk Quotation kereta anda sekiranya ingin tambah Betterment. Hubungi kami dengan isi maklumat anda di Form ini.


 
 
 

Comentarios



DAPATKAN SEBUT HARGA SECARA PERCUMA
DALAM MASA 24 JAM

TERIMA KASIH KERANA MENGHUBUNGI KAMI. ANDA AKAN TERIMA QUOTATION DALAM MASA 24 JAM.

hubungi kami

No Telefon: 

010- 800 6108 

013- 6106108

Email: 

hisenterprise.insurance@gmail.com

SSM No: UT0038546-W

License No: PK-JPLK-01-R7

LOKASI

HIS Enterprise

LOTUS Cheng, Melaka

F13A & F14 , 1st Floor

No. 1, Jalan Inang 3

Taman Paya Rumput

75460 Melaka

WAKTU OPERASI

Isnin - Ahad

10 pagi - 10 malam

SOSIAL MEDIA

  • Instagram
  • Facebook
bottom of page