Boleh ke renew roadtax macam biasa? Kalau tak boleh, nak kena buat macam mana?

Ha cuba semak roadtax kenderaan yang dah lama anda tak hidupkan tu. Dah lebih 3 tahun?
Kalau dah expired lebih dari 3 tahun, dah tak boleh renew macam biasa ok!
Bermula September 2021, Kerajaan dah maklumkan bahawa semua kenderaan yang roadtax dah expired lebih 3 tahun, perlu ke PUSPAKOM dulu untuk proses pemeriksaan semula kenderaan.
Pemeriksaan adalah wajib bagi memastikan kenderaan anda masih berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya. Kalau lulus, baru boleh renew roadtax macam biasa.
Jom admin share langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk renew roadtax kereta yang dah berkurun tak renew tu.

1. Buat appointment PUSPAKOM
Cara mudah untuk buat appointment? Anda layari je laman web PUSPAKOM.
Lepastu daftar baru untuk tempah tarikh pemeriksaan. Sila pilih tarikh awal 2-3 hari untuk buat pemeriksaan kenderaan. Anda akan dapat e-mel pengesahan untuk temu janji tersebut. Pemeriksaan ini wajib dilakukan sebagai satu syarat untuk memperbaharui roadtax kenderaan anda yang dah expired lebih 3 tahun tu. Jadi jangan skip pula langkah pertama ni okay!
Ingat, anda tidak dibenarkan masuk tanpa temu janji tau!
2. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan lengkap dan baik
Nama pun pemeriksaan, jadi siap sediakan kenderaan anda dengan lengkap sebelum hantar PUSPAKOM. Kalau lampu brake tak menyala, tukar mentol. Cermin sisi sebelah tak ada, pasang bagi ada. Pastikan semua komponen kereta lengkap dan tak ada masalah. Alang-alang tu, basuh lah sekali kereta tu. Takkan nak bagi PUSPAKOM check debu sekali.
3. Dapatkan permit perjalanan sementara
Kami nasihatkan anda untuk jadi pemandu bertanggungjawab dengan mendapatkan permit sementara terlebih dahulu. Sediakan :
Geran asal kenderaan
MyKad
Lesen memandu
Selepas itu, anda boleh ke kaunter JPJ yang berdekatan untuk meminta permit perjalanan sementara dengan mengisi borang JPJ K12 atau muat turun je borang tersebut dari laman web JPJ, dan isi maklumat sebelum serahkan ke kaunter cawangan berdekatan. Permit yang anda gunakan ini sah untuk sekali guna sahaja ya.
Kalau tak ada permit perjalanan sementara ni, anda dah dikira melanggar undang-undang sebab membawa kenderaan yang tidak mempunyai roadtax. Tambahan, kalau jadi apa-apa, menyusahkan pemandu lain pula nanti. Jadi pastikan anda dapatkan dulu permit perjalanan sementara ni. Klik sini untuk muat turun BORANG PERMIT.
4. Hari Pemeriksaan
Pastikan anda bawa semua dokumen pada hari temujanji pemeriksaan - Geran Kenderaan, MyKad, Lesen Memandu, Permit Perjalanan Sementara. Anda perlu mendaftar di kaunter, buat pembayaran dan tunggu sehingga pemeriksaan kenderaan selesai. Selepas itu anda akan menerima laporan pemeriksaan dan boleh memperbaharui roadtax dalam masa 30 hari. Namun sekiranya pemeriksaan tersebut gagal, anda perlu hantar kenderaan sekali lagi dalam tempoh 30 hari akan datang dan pastikan anda perbaiki terlebih dahulu masalah kereta yang menyebabkan pemeriksaan sebelumnya gagal.

Renew Insurans dan Roadtax anda segera dengan HIS EASY4U
Jangan lewat!
Dah lulus pemeriksaan PUSPAKOM, hubungi kami untuk dapatkan quotation kenderaan anda dan renew online dengan mudah!
Anda boleh banding harga dahulu diantara lima jenis insurans terkemuka di Malaysia iaitu Lonpac, Etiqa Takaful, Liberty, Takaful Malaysia dan juga Takaful Ikhlas.
Bagi pemilik kenderaan di Negeri Melaka, anda boleh datang terus walkin ke pejabat kami di Lotus Cheng, Melaka yang beroperasi setiap hari, Isnin hingga Ahad bermula jam 10 pagi sehingga 930 malam.
Anda juga boleh dapatkan Roadtax Digital on the spot apabila renew online dengan HIS EASY4U, sekiranya anda dari luar Melaka.
Klik sini untuk dapatkan QUOTATION anda.
Comments